asgment untuk pelajar diploma teknologi makmal perubatan!

 

 

 

kebanyakan bahan yang aku post semuanya hasil daripada assgment yang aku buat sebagai seorang pelajar diploma teknologi makmal perubatan.. aku tahu sebagai seorg pelajar agak susah untuk kita mendapatkan maklumat daripada internet terutamanya…apatah lagi kalau nak cari daripada buku.. BETUL tak?? 🙂

tapi sebagai student bukan semua kita boleh ambik terus daripada internet..sebab belum tentu sahih maklumat yang kita dapat tu… so rajin2 la ambik maklumat daripada buku..

aku tak nafikan kebanyakan asgment aku ambik daripada sem 1,2, 3…sbb semua nak kene siapkan dalam masa yang terdekat… so klo terdesak sangat macam kes aku nie, ambik la maklumat dari laman wed yang betul…bkn nye cr kat wikipedia..cr kat web2 kesihatan…ok tu je pesan aku sebagai seorang student.. 🙂

 

 

 

Petechiae

Petechiae merujuk kepada tempat-tempat yang terdapat bulat-bulat merah di bawah permukaan kulit yang disebabkan oleh pendarahan intradermal ataupun dikenali sebagai pendarahan di bawah kulit. Petechiae berwarna merah kerana terdapatnya kandungan sel darah merah yang telah pecah daripada kapilari darah di bawah kulit. Pada peringkat akhir petechiae boleh berubah kepada warna unggu biru. Saiz petechiae bersaiz lebih kurang 3mm diameter dan tidak pucat apabila ditekan atasnya.

Petechiae boleh dilihat di banyak tempat seperti di kaki, bahu, paha, pergelangan kaki dan tangan. Punca-punca yang boleh menyebabkan petechiae seperti:

  • Trauma:

Ruam petechiae muncul disebabkan trauma pada kulit atas sebab-sebab yang lain.

 

  • Tekanan:

Apabila tekanan yang berlebihan digunakan pada badan, ia akan timbul pada kawasan-kawasan tersebut.

 

  • Pendarahan:

Apabila saluran kapilari darah tercedera, ia boleh membawa kepada pendarahan. Darah merah yang pecah di salur kapilari darah akan berkumpul di bawah kulit kerana ketiadaan pembukaan di bawah kulit.

 

  • Reaksi alahan:

Sesetengah ubat-ubatan boleh membawa kepada kepada kesan alahan dalam badan yang menbawa kepada tempat-tempat berlakunya petechiae.

 

 

 

 

 

  • Penyakit autoimun:

Suatu penyakit autoimun boleh menunjukkan tindak balas yang cepat daripada system imun badan. Badan akan menghasilkan antibody yang boleh menyerang tisu-tisu dan organ-organ badan yang lain dan mengganggap mereka sebagai benda-benda asing. Hal ini boleh menyebabkan kerosakan tisu dan menyebabkan darah lisis.

 

  • Jangkitan virus:

Jangkitan virus yang menyebabkan pembekuan darah tidak berlaku secara normal dan  menjejaskan pembekuan darah.

 

 

  • Thrombocytopenia:

Penyakit ini berlaku disebabkan jumlah pletlet dalam badan yang rendah. Keadaan ini biasanya berlaku sebagai kesan sampingan daripada ubat apabila seseorang itu mengalami jangkitan.

 

  • Leukemia:

Leukemia adalah satu penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser sum-sum tulang. Leukemia boleh menyebabkan bacaan pletlet rendah.

 

  • rawatan perubatan yang tertentu seperti radiasi dan kemoterapi, Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP), leukemia dan lain-lain seperti sum-sum tulang yang kurang menghasilkan platlet, sepsisemia.

 

  • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan Petechiae adalah seperti warfarinanticoagulants (Comadin) atau heparin, aspirin, kortisol juga boleh menyebabkan Petechiae.  

Agen infeksi yang mungkin.

  • Staphylococcus epidermidis.

–        Ujian katalase positif

–        Ujian koagulase negatif

–        Gram positif kokus

–        Tidak fermentasi manitol

–        Sensitif pada Novobiocin 

KAITAN DENGAN PESAKIT

Kaitan antara agen infeksi dengan penyakit pesakit tersebut.

    Staphylococcus epidermidis adalah salah satu daripada 33 spesis Staphylococcus genus. Staphylococcus epidermidis menyebabkan biofilm berkembang pada peranti plastik yang diletakkan di dalam badan. Hal ini biasa berlaku pada kateter intravena dan prostesis perubatan. Jangkitan juga boleh berlaku pada pesakit dialysis atau sesiapa sahaja yang menggunakan alat plastik yang diimplan mungkin telah tercemar. Selain itu juga Staphylococcus epidermidis boleh menyebabkan endokarditis. Keadaan ini sering berlaku pada pesakit yang rosak injap jantungnya. Dalam beberapa kes lain, jangkitan bacteria ini boleh berlaku pada pesakit hospital.

     Staphylococcus epidermidis merupakan normal flora yang berada di kulit seperti di hidung, dan lain-lain membranemukus dan mempunyai sifat patogenik yang sangat rendah. Staphylococcus epidermidis yang berada pada permukaan luka pada kulit akan masuk ke dalam salur darah dan menyebabkan sel darah merah pecah. Hal ini boleh menyebabkan bakteremia.

    Antibiotik adalah tidak sesuai dalam penjelasan biofilm. Rawatan yang paling sesuai dijalankan adalah menghapuskan ataupun menggantikan implant yang telah dijangkiti. Selain itu, mencuci tangan juga boleh mengurangkan penyebaran jangkitan.

 PATOGENESITI:

•Staphylococcus epidermidis  merupakan normal flora pada kulit manusia. Bila Staphylococcus epidermidis  terlalu banyak  pada permukaan kulit dan berlakunya luka, Staphylococcus epidermidis  akan masuk ke dalam salur darah.
•Staphylococcus epidermidis  akan menyebabkan sel darah merah pecah dan menyebabkan keracunan pada salur darah ataupun bakteremia. sel darah merah yang pecah di bawah kulit akan menyebabkan petechiae.
•Keadaan petechiae berlaku disebabkan thrombocytopenia iaitu kekurangan sel platlet dalam salur darah yang  menyebabkan sel darah tidak membeku dengan sempurna. hal ini menyebabkan pendarahan.
•Stapylococcus epidermidis boleh menyebabkan meningitis dalam infeksi kronik.

RUJUKAN:

  1. Wilks, David; Farrington, Mark; Rubenstein, David. Infectious diseases manual.
    Chichester,imej:Wiley,2008.p84.
    http://site.ebrary.com/lib/msulib/Doc?id=10233066&ppg=92
    Copyright © 2008. Wiley. All rights reserved.
  2. Prabakaran, G.. Introduction to Soil and Agricultural Microbiology.

Mumbai, IND: Global Media, 2010. p 150.

http://site.ebrary.com/lib/msulib/Doc?id=10416040&ppg=159

Copyright © 2010. Global Media. All rights reserved.

  1. Ali, S. Mansoor; Hussain, Syed Yawer. Practical Manual of Biotechnology.

Jaipur, IND: Global Media, 2009. p 181.

http://site.ebrary.com/lib/msulib/Doc?id=10416473&ppg=181

Copyright © 2009. Global Media. All rights reserved

Toxic shock syndrome.

    Kebanyakan kes toxic shock syndrome dikaitkan dengan penggunaan tampon oleh wanita. Tetapi kes ini lebih merumitkan apabila melibatkan jangkitan staphylococcus sp. Selain itu, ia juga boleh berlaku melalui jangkitan luka pembedahan, selepas melahirkan anak, jangkitan alat – alat kontrasepsi dan lain – lain lagi.  

    Sindrom ini adalah penyakit yang membawa maut yang disebabkan oleh toksin bakteria. Gejala sindrom ini berbeza – beza bergantung kepada punca asas. Jangkitan Staphylococcus aureus biasanya muncul dalam individu yang mengalami demam tinggi disertakan dengan kelesuan, tekanan darah rendah serta kegagalan ginjal. Pada awal gejala, terdapat ruam yang menyerupai selaran matahari yang berada pada mana – mana kawasan tubuh termasuk bibir, mulut, mata, tapak tangan dan tapak kaki.      

    Jangkitan yang disebabkan oleh Streptococcus pyogenes, biasanya hadir dalam individu yang mempunyai jangkitan kulit yang sedia ada dengan bakteria. Individu – individu ini sering mengalami sakit yang teruk di tapak jangkitan kulit.

Rujukan:

  1. Wilks, David; Farrington, Mark; Rubenstein, David. Infectious diseases manual.
    Chichester,imej:Wiley,2008.p84.
  2. Prabakaran, G.. Introduction to Soil and Agricultural Microbiology.

Mumbai, IND: Global Media, 2010. p 150.

  1. Ali, S. Mansoor; Hussain, Syed Yawer. Practical Manual of Biotechnology.

Jaipur, IND: Global Media, 2009. p 181.

  1. www.wikipedia.com
  2. www.google.com
  3. Buku teks mikrobiologi iii

kanser payudara

Definisi kanser payudara:

Kanser payudara adalah kanser malignan yang tumbuh di dalam tisu payudara. Kanser adalah penyakit di mana sel-sel tidak normal berkembang dengan cara yang tidak terkawal. Kanser payudara merupakan kanser yang paling biasa di kalangan perempuan tetapi kanser payudara ini juga boleh terjadi pada kaum lelaki. Kanser payudara boleh terjadi kepada seorang perempuan dalam lapan perempuan yang lain.

 

Fakto-faktor risiko kanser payudara:

  1. Kaum wanita (99% kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
  2. Umur yang meningkat.
  3. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara.
  4. Telah mendapat kanser pada satu payudara.
  5. Tidak pernah melahirkan anak

Manifestasi klinikal:

  1. Ketulan yang tidak sakit
  • Di payudara atau ketiak
  1. Ruam yang berterusan.
  • Sekeliling putting.
  1. Pendarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  2. Perubahan pada kulit.
  • Bengkak dan menebal.
  • Berlubang.
  • Permukaan kulit yang berkedut.
  1. Puting tertarik ke dalam.

 

 

 

Etiologi kanser payudara:

  1. Riwayat dan genetik.
  • 60% lelaki yang menghidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara.
  1. Pendedahan pada radiasi.
  • Mangsa letupan bom atom, rawatan radiasi seperti mastitis dan penyakit hodgkins dan sinar-X.
  1. Riwayat kanser payudara:
  • Individu yang pernah menghidap kanser payudara mempunyai risiko berulang meningkat 4 kali ganda.
  1. Status sosioekonomi.
  • Lelaki yang berkelulusan tinggi, golongan professional dan eksekutif.
  1. Pemakanan.
  • Pengambilan minuman yang beralkohol
  1. Faktor usia.
  • Lelaki yang berusia lebih berisiko mendapat kanser berbanding lelaki muda.
  1. Perbezaan geografi
  • Peratusan penghidap di negara barat adalah tinggi berbanding dengan Negara Asia atau di Afrika.
  1. Riwayat haid:
  • Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormone estrogen.

 

 

 

Patogenesis:

•Kanser payudara tumbuh dan membesar dengan cepat dan menyerang kawasan setempat. Kanser juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
•Kanser payudara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovari. 
•Adalah dianggarkan jika kanser payudara berukuran 1.6cm, ia mungkin telah berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini, sel kanser mungkin telah masuk ke dalam salur darah ataupun  sistem limfatik seterusnya merebak ke seluruh badan.
•Oleh itu, walaupun ketumbuhan kanser payudara dirasakan tertumpu pada payudara sahaja, tetapi anggaran lebih 35% daripadanya mungkin telah merebak atau mengalami metastasis.
 
Kesan:

Terdapat dua kesan atau komplikasi disebabkan kanser payudara iaitu komplikasi disebabkan perebakan atau mengalami metastasis.

Komplikasi setempat termasuklah pembentukan ulser pada payudara, seperti berlakunya  kanser payudara inflamasi dan kehadiran semula kanser tersebut di tempat yang sama selepas pembedahan.

Metastasis merupakan suatu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan. Dalam proses metastasis, sel-sel kanser telah mencerobohi saluran darah dan saluran limfa untuk memasuki system peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser akan bertapak di organ-organ yang lain dan memulakan pertumbuhan yang baru. Tempat utama yang diserang melalui metastasis adalah tulang, hati dan paru-paru.

Rawatan:

  1. Pembedahan atau lumplektomi iaitu pembuang ketulan atau pembuangan tisu payudara.
  2. Kemoterapi atau radioterapi.
  3. Hormone therapy.
  4. Mengambil herba atau makanan semulajadi untum meningkatkan sistem imun.
  5. Amalkan diet yang sihat.
  6. Elakkan radiasi gelombang mikro seperti telefon bimbit.
  7. Elakkan bendedahan kepada racun perosak biasa semasa berkebun.
  8. Elak dari mewarnakan rambut.     

  9.  Kaedah diagnosis:
  1. Ujian darah.
  2. Fine needle aspiration biopsy (FNAB).
  • FNAB ialah pengambilan sampel ketulan yang disyaki dengan menggunakan picagari dan jarum yang halus dengan menggunakan teknik steril.

 

  1. Core needle biopsy.
  • Core needle biopsy adalah satu ujian dimana sampel tisu payudara diambil menggunakan jarum yang lebih besar saiznya. Sampel dihantar ke makmal untuk kajian.
  1. Ultrasound.
  2. Mammography.
  • Merupakan salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.
  • Dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam.