Biokimia Klinikal..:)

PERANAN DISIPLIN BIOKIMIA KLINIKAL DALAM BIDANG PERUBATAN DAN KESIHATAN.

  1. Pendiagnosan penyakit.
  2. Pemantauan penyakit.
  3. Penyaringan penyakit.
  4. Penyelidikan.

Pengenalan.

    Dalam bidang perubatan, bidang biokimia klinikal merupakan nadi kepada bidang perubatan. Di dalam bidang perubatan, bidang biokimia klinikal berperanan untuk menjalankan pendiagnosan penyakit, pemantauan penyakit, penyaringan penyakit dan juga penyelidikan ke atas penyakit yang dikaji.

Bidang ini berkaitan kajian kimia dan juga mekanisma biokimia badan dan kaitanya dengan sesuatu penyakit. Bidang ini mewujudkan hubungan antara perubatan dan juga asas sains. Bidang ini memerlukan kepakaran dalam menganalisis dan juga kemahiran interaktif untuk membantu mencegah mengdiagnosan penyakit dan juga merawat sesuatu penyakit.

Pendiagnosan penyakit.

   Di dalam bidang bokimia klinikal, pendiagnosan penyakit yang dijalankan adalah seperti mengesan penyakit-penyakit metabolisma badan, diabetis, keseimbangan cecair badan dan penyakit tiroid.

Sampel-sampel yang digunakan untuk mendiagnos penyakit adalah seperti darah yang terdiri daripada serum dan plasma dari pesakit. Selain daripada itu, sampel lain yang digunakan adalah urin yang terdiri daripada sampel rawak, sampel awal pagi, sampel berpuasa, sampel post-prandial dan juga sampel 24 jam. Selain sampel darah dan urin, sampel lain yang digunakan adalah seperti sampel cerebrospinal fluid (CSF), cecair sinovial, cecair amniotik, dan cecair asitik.

Di dalam bidang biokimia, terdapatnya penaksiran-penaksiran seperti penaksiran aras glukosa dalam darah, penaksiran urea darah, penaksiran kreatinin serum, penaksiran asid urik serum, penaksiran protein total dan albumin, penaksiran kolesterol serum, penaksiran kalsium serum, penaksiran fosfat serum, dan penaksiran elektrolit serum.

Pemantauan penyakit.

Dalam bidang biokimia juga digunakan bagi pemantauan penyakit yang dihadapi oleh pesakit. Ujian yang berterusan dijalankan ke atas pesakit dari semasa ke semasa. Penyakit-penyakit yang biasanya dipantau dalam bidang biokimia klinikal adalah seperti penyakit diabetis.

Penyaringan penyakit.

Dalam bidang biokimia, penyaringan penyakit biasanya berlaku apabila pesakit biasa yang datang untuk melakukan ujian untuk menguji kesihatan diri. Penyaringan penyakit digunakan untuk menentukan aras bagi sesuatu penyakit yang dikaji.

Penyelidikan.

Kebiasaannya, juruteknologi makmal perubatan(JTMP) akan melakukan penyelidikan pergi ke tempat-tempat kajian. Tempat-tempat kajian yang dipilih berdasarkan kes-kes penyakit yang melibatkan ujian biokimia. Selain itu penyelidikan yang dilakukan seperti penyelidikan ke atas dadah di dalam badan, selain daripada itu penyelidikan yang dilakukan adalah seperti penyelidikan ke atas metabolisma di dalam badan.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, bidang biokimia klinikal amat penting di dalam bidang sains perubatan. Dan kegunaan ujian biokimia klinikal adalah seperti pendiagnosan penyakit, pemantauan penyakit, penyaringan penyakit dan juga bertujuan untuk penyelidikan.

ANEMIA HEMOLITIK

KAJIAN  KES: ANEMIA HEMOLITIK.

 

Sejarah pesakit:

  • Profil pesakit: Lelaki, bangsa cina, umur 25 tahun, merupakan pekerja profesional.
  • Simptom: fatigue,demam ringan, pembesaran hati, urin keruh, pallor, diarea berdarah.
  • Sejarah: Pernah mengalami infeksi telinga kronik.

Nama ujian dan keputusan:

Nama ujian

Julat normal

Keputusan.

retikulosit

0.5 – 1.5% (25 – 75 X 109 sel/L)

40.2%  (tinggi)

platlet

150 – 400 X 109 sel/L

350 X 109 sel/L (Normal)

Pengiraan Eritrosit

4.5 – 5.0 x 1012 sel/L

3.0 x 1012 sel/L (kurang)

MCV

76 – 96 fL

 114 fL  (tinggi)

MCH

27 – 33 pg

19pg (kurang)

MCHC

32 – 36 g/dL

25 g/dL (kurang)

Leukosit

4.0 – 11.0 x109 sel/L

9.0 x109 sel/L (normal)

Hemoglobin

13.5 – 18.0 g/dL

11.0 g/dL (kurang)

ESR

1 – 10 mm/jam

15 mm/jam (tinggi)

 

PBF ( peripheral blood film)

Sel darah merah menunjukkan kehadiran anisocytosis, poikilocytosis, polychromatophilia, sickle cell, basophilic stippling. Selain itu terdapat kehadiran spherocyte dan kehadiran retikulosit yang banyak dan BM erythroid hyperplasia untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Kehadiran schistocytes kerana sel darah merah yang telah pecah. Selain itu terdapat kehadiran sel darah merah yang normositik normokromik. Bilangan platlet adalah dalam julat normal dan mempunyai saizdan morfologi yang normal.

 

 

Diagnosis kajian kes anemia hemolitik:

Peningkatan hemolisis sel darah merah boleh disebabkan peningkatan serum bilirubin, paningkatan urin urobilinogen, peningkatan feacal stercobilinogen, dan tiada serum haptoglobin. Anemia hemolitik disebabkan peningkatan pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Juga disebabkan jangka hayat sel darah merah yang pendek. Anemia hemolitik perolehan  disebabkan factor ekstrinsik. Tapak hemolisis berlaku di ektravaskular seperti di hati dan di limpa. Tapak berlaku kerosakan di ekstrakorpuskular.

Terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

  1. Jangkitan mikroorganisma.
  2. Bahan bacteria dan dadah.
  3. Mekanisma imun.
  4. Penyakit sekunder.
  5. Red Cell Fragmentation Syndrome.

Ujian lanjutan yang relevan:

  1. Ujian OFT.
  2.  Ujian autohaemolysis.
  3. Kajian aktiviti sum-sum tulang.

Rujukan:

  1. http://www.aafp.org/afp/2004/0601/p2599.html
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Anemia
  3. Buku rujukan diagnostic hematologi 1.
  4. Buku rujukan diagnostic hematologi 2.
  5. http://emedicine.medscape.com/article/201066-overview
  6. http://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJM200003093421008

ELEKTROLIT SERUM

 

  1. Elektrolit adalah bahan tara dimana molekulnya akan terurai kepada bentuk ion apabila berada di dalam sesuatu larutan.
  2. Ion merupakan suatu atom atau kumpulan atom yang mempunyai cas-cas elektrik.
  3. Elektrolit yang mempunyai cas positif dikenali sebagai kation sementara yang bercas negative dikenali sebagai anion.

Pengelasan

Elektrolit jenis kation :

  • Na(natrium) merupakan kation ekstrasel utama (ECF).
    • Berperanan untuk mengekalkan taburan normal air dan tekanan osmotic dalam plasma. Natrium juga berperanan untuk mengekalkan keseimbagan asid bes serta mengawal eksitasi saraf dan otot.
    • Pengambilan natrium melalui pemakanan di antara 100 – 200 mmol/hari.
    • Natrium akan diserap secara aktif oleh usus kecil namun begitu ginjal merupakan pengawal utama dalam menentukan aras natrium di dalam darah.
    • Regulasi penyerapan semula natrium di dalam ginjal dikawal oleh hormone aldosteron.
    • Sekiranya hormone aldosteron berkurangan atau tiada, penyerapan semula natrium tidak akan berlaku.
    • Kekurangan ion natrium dalam urin menandakan peningkatan penyerapan semula natrium oleh tubul ginjal.
    • Peningkatan natrium dalam serum disebabkan oleh dehidrasi kerana isipadu darah terlalu rendah.
    • Penurunan natrium dalam serum disebabkan oleh muntah, diet rendah garam, kegagalan ginjal, serta penggunaan ubat diuretic yang mana penggunaan ubat tersebut untuk darah tinggi yang berfungsi untuk mengeluarkan air daripada tubuh.
    • K+ (kalium) merupakan kataion ekstrasel utama(ICF).
      • Memainkan peranan penting dalam mengregulasi metabolisma sel serta mengawal eksitasi saraf dan otot terutamanya otot jantung.
      • Pengambilan kalium melalui pemakanan diantara 80 – 100 mmol/hari. Kalium diserap oleh usus kecil dan dituras di dalam ginjal dan diserap semula dengan sepenuhnya.
      • Sebahagian besar kalium berada di dalam sel dan perbezaan ion kalium di  ECF dan ICF disebabkan oleh pengangkutan aktif ion kalium keluar dan masuk dari sel.
      • Ginjal mempunyai keupayaan yang berkurangan dalam memelihara kalium berbanding natrium.
      • Peningkatan kalium di dalam darah boleh disebabkan gangguan jantung krohis, dehidrasi, serta kegagalan fungsi hati.
      • Penurunan kalium di dalam darah boleh disebabkan luka pembedahan, dehidrasi, muntah serta penggeluaran urin meningkat.
      • Cl(clorine) dan HCO3(bikarbonat) merupakan anion ekstrasel utama (ECF).
        • Klorida berperanan mengekalkan keseimbagan cecair, tekanan osmotik dan asid bes. Selain itu mengekalkan keseimbagan normal anion-kation secara pertukaran dengan bikarbonat (dan HCO3) dalam proses yang dikenali sebagai kloride-shift.
        • Pengambilan purata klorida melalui pemakanan adalah diantara 70 – 200mmol/hari dalam bentuk garam natrium atau kalium.
        • Kalium diserap melalui usus kecil ditapis dan diserap semula secara pasif oleh tubul ginjal.
        • Klorida akan hilang melalui perpeluhan.
        • Paras klorida dalam darah akan menjadi sedikit rendah selepas makan kerana berlakunya sintesis jus gastric HCI( alkaline tide ).
        • Terdapat hubungan repciprocal di antara kepekatan klorida dengan bikarbonat di dalam plasma.
        • Peningkatan Cl(clorine) dan HCO3(bikarbonat)  dalam darah disebabkan oleh peningkatan  natrium, gangguan ginjal, penggunaan ubat kortison serta dehidrasi.
        • Penurunan Cl(clorine) dan HCO3(bikarbonat)  dalam darah disebabkan oleh muntah, kegagalan jantung kronik, serta penggunaan ubat thiazid.

 

exam yang mencabar..

Mggu nie merupakan mggu exam…satu hari pun x dapat gap…aku ada 5 paper and 3 lab test.. esok adalah exam yg terakhir…exam parasit 3..subjek nie mmg aku takut skit…

Entah la…mgkin sbb kuiz die pun aku x dapat nak jawap kot..yela…nama pun ssh gile…tapi nak buat macam mana..kne jgak ambik kan…tak per la…aku cube sekadar yang aku mampu..=_=

Entah la…byk2 paper dari teknik histologi, imunologi klinikal 2, diagnostik hematologi 3 sampai la td exam biokimia klinikal 2..aku tak ada rse down sampai mcm nie..tak adalah ssh sgt…tp tak tau knp aku takut…(takut tak bleh igat)..+_+

Yela nama die pelik2..byak gile spesies… mula2 kne hafal filum, pastu subfilum, kelas, order, pastu family, genus dan spesies…byk gile tu…aku klo x stdy gile2 mlm2 nie tak tau la…sesi mghafal akan bermula selepas aja berbuka kejap lg…

Esok aku akan pastikan yang aku sampai melaka…rindu gile dah nie kat mak aku..hehe..mum i’m back..see u tomorrow..(mcm mak aku pham je)..haha

Ooook la…x bleh thacing2 sgt  :’)...sbb jap lg nak masak tuk berbuka plk..haha sambil tu layan lagu dendang perantau gan airmata syawal..haha.. :p

harta pusaka!

tension tul aku hari nie…aku yg x ada kne mengena dgn harta pusaka bagai mak aku pun terlibat sekali… agaknye klo org tu dh nk sgt hak org lain mcm2 dieorg buat kan… adik beradik sggup putus sedara sbb nk harta pusaka fmly dieorg.. tanah tak ada la besar…sekangkang kera je…tapi tu pun ramai yg nk berebut.. sakit tul hati aku.. igat aku nie budak bodoh ke yg korg bleh gula-gulakan… gase nk je sound.. tu bru belah mak aku…belah ayah aku plk tak pyah ckp la…sbb masing2 semua nk tanah yang kita org duduk sekarang.. mentang2 lah ayah aku dah tak ada…dulu time arwah ada x ada sapa pun berani usik tanah kiteorg..

tu la,..org dulu2 sesuka hati je bg tanah kat org lain…konon kesian..tapi org yg die kesian tu la yg kondemkan famly dia sendiri.. 

aku tak boleh cakap apa…sbb aku budak je…lgipun aku tak ambik bahagian law…so aku mmg tak tau pape la psal tanah bagai nie..

tapi agak-agak la dieorg kan…jgn sampai surat saman sampai kat dieorg..

pasal tanah pusaka nie tak akan habis sampai bila-bila…entah la…kadang-kadang dieorg nie semua tak fikir yang dunia nie hanya sementara cuma…akhirat lebih kekal…

weekend yang membosankan….zzzz

kebosanan…mmg bosan sgt2 hujung minggu nie.. knp la kakak aku x blik kmpg.. aku igat nk blik la nk mintak restu bagai gan mak aku sebelum exam mid 23 nie…tapi mmg x kesampaian la…die nk blik hujung bulan..aku jgk yg x dpt nk jump mak aku…RINDU kot..! 

nak kata aku ni anak manja tak jugak..sbb kalau aku blik pun bkn nk manje bagai gan mak aku..nnty ada aja yg jelez..huhu.. (adik bongsu aku).

kalau balik kampung pun aku suke tolong mak aku kat uma gan kebun je..,.and dah semestinya dok layan anak2 buah aku yang comel2..hehe

hujung minggu nie dok uma sorang2 je…bosan gile…sume dah blik kmpg…aku je dok kt sa nie…bosaaannn… nsib baik la ade je asgment gan amali nk kne siapkan…huhu

banyak tu…nk kne bce buku tuk kuiz gan exam lg…wahh…byak gile kne buat sem nie… dah la aku tgok jadul td langsung x ada gap sehari tuk kiteorg bce buku tuk exam seterusnya…so, nk tak nak kne stdy drpd awal..dah la aku nie mmg jenis stdy last minute..hahaa mak aku kalau tau mesti geleng kepala gan pagai aku… dan kakak aku lak mesti akan membebel sampai 2 ke 3 jam..haha ifah ooh ifah..

nak wat mcm mne aku dah terbiasa..:) g

kemenangan erobik yang tak dijangka-jangka..:D

semalam adalah hari yang mengembirakan buat kami semua warga shs..nme kolej tak payah la aku sebut..huhu bahaye seh nnty dapat detect la bagai…yg penting kolej nie kat sek13 shah alam..

mule2 tu kite org igatkan kiteorg semua dah kalah dah sebab lagu yang sepatutnya habis 7 minit tp dimatikan pada mase ke 5 or 6 minit… Senang cerite mase terakhir kiteorg semua tak dapat buat…kesian kiteorg…tapi nak buat macam mne kan…dah nasib..lecture sume dah giveup…sampai ada yang nges2…termasuk la student… yela penat kite org sume berlatih tetibe tak dapat buat sampai habis….sape yang tak terkilan kan..

school lain semua buat sampai habis lagu dieorg…lbh 7 minit…sampai ade yang 14 minit pun ade tau…mmg kiteorg terkilan habis…

paling tak boleh blah bdak s.ca dengan sorg facilitator..time 2 waktu rehat…time tgah beli jambu dengan lectre ade die buat benda tak senonoh kat kite org sume…dpn lctre kot…agak2 la..tau la bengang gan kiteorg…tp kiteorg tak buat ape pun kat dieorg yg smpai dieorg bgang gan kiteorg dah asal…???

otak letak kat lutut btul bdak2 tu . macam kanak2 ribena pagai… sakit tul hati… tp before blik dieorg mintak maaf balik kat lctre kiteorg…so tak ade la kiteorg simpan dendam kt dieorg…kalau tak…jumpa kat kolej mmg comfem malu la dieorg!..

Pertandingan mmg senget antara school by school. Tapi adat pertandingan kan…ade yang menang and ade yang kalah… so, redha jela… mse pengumuman tu masing2 bersorak sebut name SHS…masing-masing bersemangat yela nme kiteorg tak tersenarai dalam list saguhati…

Dan akhirnya kite orang la juara…memang gase nak nangis je time 2 sbb gembira sgt..kiteorg semua naik beramai2 kat atas pentas…bayangkan semuanye 200 org peserta tuk SHS…ramai tu.. masing2 gase macam tak caye je…tp betul la…

Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan ALLAH..

kami semua ade yang berpelukan sbb masing2 tak percaya…syukur alhamdullillah…

and school bdak yg tak senonoh tu hanye dapat saguhati je…

kami semua tak kisah sape yang menang yang penting pertandingan dijalankan secara adil…tu pun dah cukup dah bagi kiteorg…:’)

at last but not least…kiteorg semua balik dengan perasaan kegembiraan…

pape pun syabas SHS sbb dah buat yang terbaik…:)Image

                                 kami dan mentor cik rosnani

Image

                                yang warna biru tu la kami SHS:)Image

        nie la hasil daripada erobik, traditional dance, fuction dance gan staff erobik..:)

Masih baru dalam dunia blog..

disebabkan aku masih baru lg dalam dunia blog nie soh blog nie pun mcm x best je kan…

tambahan lg aku nie selalu sgt sibuk…tak ade mase nk online…keje berlambak2 tak payah cakap la… Hari2 ade je kje nk kne buat…nk buat mcm mne…dah tugas aku sebagai pelajar…so buat jela… Tu semua pun tuk aku gak..tuk carry mark aku…

tapi sem nie mmg mencabar skit… semua subjek yang aku ambik semua dari subjek sains…penat wooo… 

subjek yang aku ambik:

-diagnostik hematologi iii.

-parasit iii.

-teknik histopatologi.

-imunologi klinikal ii.

-biokimia klinikal ii.

Semua subjek yg tuf2…so mcm mne la aku ade mse nk adap lapy nie… klo hujung minggu je bru aku bkak lapy nie sje nk hilangkan tensen.

walaupun aku busy dengan study bgai…tapi aku tetap gak joint aktiviti kat kolej…nk kumpul gems la kata kan…sambil tu leh have fun sikit..and dapat kenal dengan kawan baru..:P

best jugak klo ramai yang kenal kite…hehe 😛 

yang penting adat nk cari kawan jangan sesekali kite sombong…sbb klo ade sifat sombong tu tak akan bawak kite kemana-mana.. aku selalu praktik kan pada diri aku…tapi biase la aku nie manusia biase… kalau orang yang aku tak suke tu aku buat bodoh gak…malas nak tegur..Image

                                             kawan-kawan erobik..:P