Diabetes Mellitus Jenis 2

DIABETES MELLITUS JENIS II

Pengenalan:

Diabetes Mellitus Jenis II adalah suatu penyakit yang terdiri daripada pelbagai kegagalan yang dicirikan sebagai hiperglisemia dan hasil gabungan rintangan kepada tindakan insulin, insulin tidak mencukupi,dan rembasan insulin yang berlebihan. Diabetes Mellitus Jenis II ini dikaitkan dengan pelbagai mikrovaskular, makrovaskular, dan komplikasi neuropathik.

Bagi seseorang yang sihat, insulin dapat membantu dalam mengubah makanan kepada tenaga secara cekap. Perut akan mencernakan karbohidrat daripada makanan menjadi glukosa. Glukosa kemudian akan memasuki aliran darah dan akan merangsang pancreas untuk membebaskan insulin dalam jumlah yang betul. Insulin hormone akan membolehkan glukosa memasuki sel-sel di seluruh tubuh yang akan digunakan sebagai bahan tenaga. Glukosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati.

Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius.

Diabetes mellitus jenis II berlaku apabila sel-sel tidak boleh menyerap glukosa dengan betul. Ini akan menyebabkan tahap glukosa dalam darah menjadi tinggi. Apabila satu keadaan dimana rintangan insulin terbentuk, maka badan akan mengeluarkan insulin dalam kadar yang berlebihan. Tetapi otot, hati dan sel-sel lemak tidak bertindakbalas dengan betul kepada insulin.

Tidak seperti pesakit Diabetes Mellitus Jenis I, pesakit Diabetes Mellitus Jenis II tidak bergantung sepenuhnya pada insulin untuk hidup. Walaubagaimanapun kebanyakan pesakit yang menghidap Diabetes Mellitus Jenis II akhirnya akan dirawat dengan insulin.

Etiologi penyakit:

Diabetes Mellitus Jenis II berpunca daripada tabiat kesihatan dan keadaan perubatan yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Antara punca-punca penyebabnya terbahagi kepada dua iaitu punca yang boleh dikawal dan warisan.

Punca yang boleh dikawal:

–       Berat badan yang berlebihan terutamanya pada bahagian pinggang.

–       Gaya hidup yang tidak aktif.

–       Merokok.

–       Diet tinggi seperti daging merah, daging diproses, produk tenusu yang tinggi lemak serta gula-gula.

–       Lemak kolesterol dalam darah akan menjadi tidak normal seperti HDL iaitu kolesterol baik akan menjadi rendah daripada 35mg/dL dan paras trigliserida melebihi daripada 250mg/dL.

Punca yang tidak boleh dikawal:

–       Kaum atau etnik.

  • Afrika, Amerika, orang asli Amerika dan Asia mempunyai risiko yang lebih tinggi.

–       Sejarah keluarga diabetes:

  • Mempunyai ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai diabetes.

–       Umur:

  • 45 tahun atau lebih.

–       Jantina:

  • Perempuan yang mempunyai penyakit kencing manis semasa mengandung boleh menyebabkan diabetes mellitus jenis II di kemudian hari.
  • Mempunyai sejarah sindrom ovari polisistik juga boleh menyebabkan rintangan insulin yang boleh menyebabkan kencing manis.

Tanda / symptom:

Diabetes Mellitus Jenis II merupakan penyakit yang menyerang manusia pada semua peringkat umur. Gejala pada awalnya adalah tidak dapat dikesan. Boleh dikatakan kira-kira satu daripada tiga orang yang menghidap diabetes mellitus jenis II tidak mengetahui bahawa mereka menghidapinya. Keadaan ini menjadi bertambah kronik apabila kemampuan tubuh untuk mengunakan karbohidrat di dalam makanan menjadi tenaga. Hasil daripada pencernaan tersebut akan menjadi gula dalam darah yang tinggi. Dari masa ke semasa, gula yang berlebihan ini akan meningkatkan risiko yang boleh menyebabkan penyakit jantung, kehilangan penglihatan, kerosakan saraf dan organ serta keadaan-keadaan lain yang lebih serius.

Terdapat beberapa symptom dan tanda-tanda bagi pengidap diabetes jenis II. Tanda-tanda tersebut adalah seperti:

Terdapatnya kehadiran glukosa dalam air kencing yang membawa kepada penyahidratan dan menyebabkan dahaga yang meningkatkan dan penggunaan air yang tinggi. Berlakunya penurunan berat badan walaupun berlakunya peningkatan selera makan dalam kehidupan seharian. Pesakit juga akan merasa letih, kelesuan, rasa loya, muntah, penglihatan menjadi kabur, serta jangkitan pada pundi kencing, kulit dan juga vagina.

Symptom dahaga:

Penghidap diabetes jenis II tidak mempunyai sebarang symptom yang teruk. Tetapi apabila symptom mula muncul, salah satu daripadanya adalah peningkatan rasa dahaga. Masalah ini kebiasaanya akan disertai dengan keadaan mulut yang kering, selera makan yang meningkat, keadaan dimana kerap membuang air kecil (kekerapan dalam setiap jam), dan kehilangan berat badan yang luar biasa.

Symptom Sakit kepala:

Apabila tahap gula dalam darah tidak normal, boleh menyebabkan keadaan sakit kepala, penglihatan menjadi kabur dan keadaan dimana sering keletihan.

Symptom jangkitan:

–       Luka atau kudis yang lambat sembuh.

–       Terdapatnya jangkitan yis yang kerap berlaku dan jangkitan pada saluran kencing.

–       Kulit akan menjadi gatal terutamanya pada bahagian pangkal paha.

Symptom disfungsi seksual:

Masalah seksual adalah perkara biasa yang berlaku dalam kalangan penghidap diabetes. Diabetes boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dan saraf di kemaluan. Symptom ini termasuklah keadaan dimana mati pucuk di kalangan lelaki. Kira-kira 35% hingga 70% lelaki yang menghidap diabetes mengahadapi keadaan dimana mati pucuk.